Sunday, May 16, 2010

ANTARA PARTI & KERAJAAN

Untuk kesekian kalinya, terserlah bahawa media dapat memahami tugasnya sebagai agen yang perlu giat mempromosikan agenda KERAJAAN MALAYSIA..bukannya agenda politik partisan..
Berbanding ketika kemenangan di Parlimen Hulu Selangor, media massa amat galak menayangkan siaran langsung pengumuman keputusan PRK tersebut. Hatta pelbagai analisa rancak dibuat oleh pelbagai pihak..Ada yang menganalisa secara akademik..tak kurang juga yang menunjukkan rasa taksub semasa menganalisa.. Sebelum pilihan raya, program untuk memancing undi untuk parti giat dicanangkan di media atas nama KERAJAAN MALAYSIA..
Namun, selepas tewas di Sibu, media diam seribu bahasa.. mungkin terkejut..mungkin tergamam..mungkin teruja..mungkin juga mereka sedang dalam keadaan trauma..Mimpi ngeri 8 Mac 2008 berulang.. tiada sebarang analisa di televisyen..tiada pengumuman secara langsung walaupun rakyat menanti sehingga jam 11 malam..sungguh mengecewakan..keputusan PRK Sibu tidak menjadi tajuk muka depan di dada-dada akhbar bertarikh 17 Mei 2010.. Yang dipaparkan hanyalah gambar Tuan Presiden PARTI menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri..
Mungkin mereka sudah sedar bahawa PARTI dan KERAJAAN adalah dua entiti yang berbeza.. Tidak menjadi janggal sekiranya 1 Malaysia dinyanyikan saban hari di TV memandangkan ia tema KERAJAAN MALAYSIA.. tapi amat sumbang apabila lagu “Bersatu Kita Bersatu…” diputarkan di radio dan televisyen milik KERAJAAN..itu baru sebahagian kecil contoh penyalahgunaan pusaka KERAJAAN+RAKYAT MALAYSIA .. Ayuh, kepada sesiapa jua yang bercita-cita hendak memegang tampuk pemerintahan MALAYSIA..ingatlah KERAJAAN bukan PARTI yang anda semua wakili.. KERAJAAN adalah amanah dan mandat daripada rakyat untuk rakyat..Jangan bersorak ketika menang, jangan diam apabila kalah.. Sedarlah, kesungguhan mensejahterakan rakyat merupakan KPI utama terhadap kecemerlangan pemerintahan. Bukannya pujian melangit daripada “sekutu” atau “tali barut” anda..

No comments:

Post a Comment