Tuesday, January 3, 2012

SATU KOMEN PERIBADI

Sebenarnya saya tidak layak untuk memberi komen atau pandangan terhadap isu pembantaian mahasiswa UPSI oleh pihak polis. Mereka itu mengalami penderitaan dan merasai kesakitan akibat cota dan sepak penerajang. Sedangkan saya hanya duduk di rumah dan menonton sahaja. Apapun, apabila seorang junior di IPG menanyakan komen saya berkaitan pembantaian ini, inilah komen peribadi saya yang belum tentu betul dan kemungkinan ada secebis benarnya.
Untuk meletakkan siapa yang betul yang salah, perlu kepada satu proses yang rumit dan teliti supaya kita tidak meletakkan kesalahan bukan pada ahlinya. Cuma buat para mahasiswa,adakah benar kita berdemonstrasi untuk menuntut supaya dirungkaikan belenggu yang menafikan hak mahasiswa untuk bersuara dan kebebasan akademik? Adakah benar demonstrasi itu 100% memanifestasikan mesej menuntut sebuah kebenaran? Bagaimana adab kita semasa berdemonstrasi?? Bersihkan ia daripada caci maki dan provokasi kepada pihak yang polis yang bertugas? Lihatlah pada Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang berperang bukan bertujuan menyerang dan mengibarkan imej kekejaman. Mereka dalam keadaan berperang tetapi adab masih tetap dijaga.Orang yang tidak terlibat dengan peperangan tidak boleh dibunuh. Apa yang para sahabat lakukan kepada musuh yang menyerah diri? Adakah musuh dicaci dan dimaki? Satu hakikat yang perlu kita telan ialah polis juga manusia biasa yang kadang kala mampu mengawal emosi dan kadang kala akan “meletup” andai disumpah seranah. Jika cacian dan kemarahan yang dilontarkan kepada pihak polis semasa berdemonstrasi, maka kita dibantai kerana kita mencaci bukan kerana sebuah kebenaran. Seandainya demonstrasi kita penuh dengan adab, kita juga telah buktikan bahawa demonstrasi bukan satu medan untuk membuat huru-hara dan jauh sekali mencemarkan keamanan melainkan menuntut sebuah kebenaran dan keadilan tetapi pembantaian tetap juga berlaku, maka tidak dapat tidak mahasiswalah yang berada di pihak yang benar. Bukan untuk membuat andaian dan menyalahkan mahasiswa, tetapi untuk mengajak berfikir bahawa untuk menghukum bukan hanya melihat atas kapasiti rakan seperjuangan atau "mereka itu geng kita" atau DENGAN HANYA MELIHAT KEPADA HASIL TANPA MENELITI PUNCA DAN ASBAB.
Kisah lain, antara komen yang menarik perhatian saya ialah satu komen yang berbunyi "mahasiswa yang berdemonstrasi itu tidak mahu belajar dan hanya tahu berdemonstrasi sahaja..kalau tak mahu belajar, berhenti sahaja..ramai lagi yang nak belajar." Saya rasa filem Hindustan “3 Idiot” yang dilakonkan oleh Amir Khan mampu menjadi jawapan bagi persolan ini. Adakah hanya sekadar menghafal fakta kemudian memuntahkan di atas kertas untuk mendapat pointer tinggi itu yang dikatakan belajar? Mahasiswa yang keluar berdemonstrasi itu mereka belajar, berfikir dan membuat pertimbangan dan bertindak. Apabila mereka bertanya “Apa rasionalnya hak kami untuk bebas bersuara dirantai oleh AUKU??” Apakah jawapan yang mampu diberi?? …Demonstrasi itu tidak salah, cuma bagaimana kita berdemonstrasi itu yang perlu direnungkan. Wallahu ‘alam.

Monday, June 28, 2010

AL-MAKAR....

Semasa saya menonton Berita Wilayah di TV1 28 Jun 2010, saya cuma dapat mengeluh dengan berita tentang seorang saudara baru yang berbangsa Cina yang digembar-gemburkan sesungguhnya beliau telah ditipu oleh pemimpin PAS. Isunya, beliau tidak diberi upah setelah berpenat lelah menyiapkan bumbung masjid. Namun sudah adat orang yang lidahnya berbelit, sekejap cakap imam yang menipu, sekejap Pemimpin PAS yang liat bayar upah. Isu Jemaah Islamiah yang menyusup masuk ke dalam IPT serta isu Wahabi yang dipalitkan kepada Presiden PAS, merupakan rentetan isu yang digemburkan oleh media RTM. Kemudian UMNO diindahkan dengan gimik 40 Ulama Muda yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden UMNO. Semua isu ini nampaknya dirancang dengan rapi untuk menyerang PAS yang mendapat sokongan padu daripada rakyat sama ada yang Islam dan bukan Islam. Buktinya sokongan padu yang diterima PAS adalah dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Penokong PAS. UMNO yang resah gelisah dan kelam kabut dengan situasi ini mendapatkan nasihat daripada APCO Yahudi yang diakui bahawa sememangnya bangsa YAHUDI adalah yang terbijak dengan perancangannya demi memastikan Islam tidak bertapak di muka bumi ini. Maka, isu agama dan ulama yang disalahgunakan untuk menyerang serta meruntuhkan Islam di bumi Malaysia. Sedarlah wahai manusia, sesungguhnya Allah meredhai bahawa hanya Islam sebagai agama yang perlu dianuti. Hanya Allah sahaja yang MAHA BERKUASA menganugerahkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Sekiranya manusia berusaha untuk berkuasa untuk menjatuhkan Islam, ingatlah bahawa Allah berkuasa untuk memulia dan menghinakan sesiapa yang dikehendakiNYA.

Wednesday, June 2, 2010

Sudahlah dengan USA yang MAHA ZALIM

Minggu ini, dunia bercakap tentang serangan kejam YAHUDI ZIONIS ke atas kapal sukarelawan yang tak membawa sebarang senjata..seluruh dunia mengutuk dengan penuh kejian terhadap YAHUDI..Hikmah disebaliknya, bila terkena batang hidung sendiri, baru dunia membuka mata betapa maha kejamnya YAHUDI yang selama ini gila membantai RAKYAT PALESTIN..kecoh di televisyen mendambakan AMERIKA SYARIKAT mengecam tindakan YAHUDI yang maha zalim itu.tak terkecuali juga MALAYSIA yang mengharapkan AMERIKA memainkan peranannya selaku kuasa besar supaya menekan negara haram YAHUDI.. em pelik dan terkejut.. lupakah kita siapa yang menggugurkan bom-bom di Afghanistan??? Siapa yang meruntuhkan negara IRAQ?? Siapa yang menghuru-harakan negara-negara ISLAM???..Alangkah indahnya kita beramai-ramai menyatakan sokongan kepada kerajaan HAMAS yang sentiasa istiqamah memperjuangkan PALESTIN dengan jalan jihad..

Wednesday, May 19, 2010

PELIK..NO KOMEN...

Semasa membaca berita terkini di Utusan Malaysia Online, saya amat tertarik dengan laporan berita tentang Persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia kali ke-6. Laporan tersebut saya petik untuk dilampirkan di dalam entri kali ini…
KUALA LUMPUR 19 Mei - Negara-negara Islam perlu mewujudkan model baru ekonomi yang lebih terangkum, progresif dan praktikal dalam aspek formula dan pelaksanaannya bagi memenuhi keperluan penduduk Islam dunia.
Bagaimanapun, untuk menjadikannya kenyataan, negara-negara Islam memerlukan sokongan kukuh daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya model ekonomi baru itu dibentuk untuk memastikan masa depan ekonomi negara-negara Islam lebih terjamin.
''Sebagai penduduk dunia, kita telah melepasi krisis ekonomi dan sekarang kita perlu bangun semula untuk pembangunan jangka panjang.
''Negara-negara Islam juga telah menunjukkan komitmen proaktif dalam mengharungi cabaran dan bekerjasama untuk masa depan yang lebih teguh.
''Berikutan itu, kita perlu mempunyai pendekatan dan idea inovatif untuk melihat perubahan positif dalam ekonomi orang Islam,'' katanya ketika melancarkan Persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia kali keenam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Mohamed Nasheed, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan Naib Presiden Pertama Iran, Mohmammad Reza Rahimi.
Persidangan dua hari itu dihadiri oleh 2,542 peserta dari 67 buah negara.
Najib juga berkata, sudah tiba masanya untuk OIC selain meneruskan Persidangan Kemuncak Islam, turut menganjurkan Persidangan Kemuncak Ekonomi OIC.
Katanya, dengan cara itu, negara-negara Islam lebih fokus dalam mengendalikan isu-isu berkaitan ekonomi dan pendekatan untuk menyegerakan keputusan serta tindakan bagi penduduk Islam dunia.
Najib menambah, negara-negara Islam juga perlu menangani ketidakseimbangan ekonomi yang mengakibatkan penduduk Islam dunia terperangkap dalam kemiskinan tegar, buta huruf, kekurangan khasiat pemakanan serta jurang yang begitu besar antara golongan kaya dan miskin, khususnya OIC.
Katanya, sebanyak 20 buah negara OIC menyumbang 90 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pertubuhan itu yang berjumlah AS$4.5 trilion (RM14.4 trilion) dan baki 37 negara lagi hanya sebanyak 10 peratus.
''Ia amat memalukan apabila ada sebahagian negara Islam yang terlalu miskin sehingga rakyatnya terpaksa berlapar tanpa bantuan daripada negara Islam lain untuk membekalkan makanan asas.
''Lebih buruk lagi, ada negara Islam yang terpaksa bergantung kepada negara-negara bukan Islam selepas mengalami kemusnahan alam,'' ujar beliau.
Sehubungan itu, katanya, negara-negara Islam perlu memberi keutamaan kepada keselamatan makanan melalui sokongan dan pembabitan di kalangan kerajaan serta sektor swasta dan salah satu caranya melalui pasaran halal.
Dalam ucapannya, Najib mencadangkan supaya penubuhan Dana-dana Pembangunan Khusus diwujudkan bagi pembangunan infrastruktur pendidikan dan menyokong akademi penyelidikan dan latihan guru.
Jelasnya, dana-dana itu mampu mengurangkan jurang pendidikan yang wujud di kalangan penduduk Islam dan bukan Islam dunia.
''Kita perlu mengukuhkan usaha dalam pembangunan sumber manusia khususnya dalam pendidikan dan latihan kerana pencapaian kita masih jauh.
''Tidak ada sebuah negara Islam yang mampu menjadi pemimpin dalam mana-mana bidang tanpa pelaburan dalam pendidikan,'' tambah beliau.
Harapan saya selaku salah seorang rakyat Malaysia, model baru ekonomi yang dicadangkan itu jika tidak mampu untuk meniadakan riba, sekurang-kurangnya boleh diminimakan riba secara beransur-ansur.Timbul juga persoalan di fikiran, bukankah Malaysia yang tercinta juga memberhentikan kerjasama ekonomi dengan Iran, sebuah Negara Islam selepas pemimpinnya bertemu dengan Presiden USA?? Siapakah pemimpin Malaysia yang saya maksudkan?..PELIK..NO KOMEN..

Sunday, May 16, 2010

ANTARA PARTI & KERAJAAN

Untuk kesekian kalinya, terserlah bahawa media dapat memahami tugasnya sebagai agen yang perlu giat mempromosikan agenda KERAJAAN MALAYSIA..bukannya agenda politik partisan..
Berbanding ketika kemenangan di Parlimen Hulu Selangor, media massa amat galak menayangkan siaran langsung pengumuman keputusan PRK tersebut. Hatta pelbagai analisa rancak dibuat oleh pelbagai pihak..Ada yang menganalisa secara akademik..tak kurang juga yang menunjukkan rasa taksub semasa menganalisa.. Sebelum pilihan raya, program untuk memancing undi untuk parti giat dicanangkan di media atas nama KERAJAAN MALAYSIA..
Namun, selepas tewas di Sibu, media diam seribu bahasa.. mungkin terkejut..mungkin tergamam..mungkin teruja..mungkin juga mereka sedang dalam keadaan trauma..Mimpi ngeri 8 Mac 2008 berulang.. tiada sebarang analisa di televisyen..tiada pengumuman secara langsung walaupun rakyat menanti sehingga jam 11 malam..sungguh mengecewakan..keputusan PRK Sibu tidak menjadi tajuk muka depan di dada-dada akhbar bertarikh 17 Mei 2010.. Yang dipaparkan hanyalah gambar Tuan Presiden PARTI menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri..
Mungkin mereka sudah sedar bahawa PARTI dan KERAJAAN adalah dua entiti yang berbeza.. Tidak menjadi janggal sekiranya 1 Malaysia dinyanyikan saban hari di TV memandangkan ia tema KERAJAAN MALAYSIA.. tapi amat sumbang apabila lagu “Bersatu Kita Bersatu…” diputarkan di radio dan televisyen milik KERAJAAN..itu baru sebahagian kecil contoh penyalahgunaan pusaka KERAJAAN+RAKYAT MALAYSIA .. Ayuh, kepada sesiapa jua yang bercita-cita hendak memegang tampuk pemerintahan MALAYSIA..ingatlah KERAJAAN bukan PARTI yang anda semua wakili.. KERAJAAN adalah amanah dan mandat daripada rakyat untuk rakyat..Jangan bersorak ketika menang, jangan diam apabila kalah.. Sedarlah, kesungguhan mensejahterakan rakyat merupakan KPI utama terhadap kecemerlangan pemerintahan. Bukannya pujian melangit daripada “sekutu” atau “tali barut” anda..

Friday, May 14, 2010

elaun daripada Al-HALEEM

Ada angin baru yang bertiup di bumi IPG KDRI.. walaupun angin ni taklah sehebat taufan “judi bola halal”, tapi ia menjadi satu topik perbincangan juga di kalangan warga IPG khususnya guru pelatih.. Ada yang bincang dengan penuh ilmiah serta intelek..Ada juga yang berbicara dengan emosi sampai suhu di IPG meningkat..tak kurang juga yang hanya berdiam diri sahaja.. Angin tu bertiup disebabkan baru-baru ni Tuan Pengarah memaklumkan bahawa satu usul akan dibawa ke Mesyuarat Pengarah-Pengarah IPG supaya elaun guru pelatih ditukarkan status kepada biasiswa sekiranya guru pelatih masih tidak cuba mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan di IPG..em tapi apa pun angin ni tak bertiup lama sebab setiap Pengarah memang telah diberi mandat untuk menentukan hala tuju serta perjalanan setiap IPG masing-masing.. Kalau tak silap ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta 174 yang sememangnya dah sebati dengan jiwa rakyat kampus IPG ( kalau silap tolong perbetulkan saya secara ilmiah ye)..jadi, terserahlah kepada budi bicara pihak pentadbiran untuk melaksanakannya..Sifirnya mudah ja, “kalau peraturan dipatuhi, maka elaun anda akan terselamat”.
Kalaulah kita buat analogi ( dipinjam dari istilah seorang sahabat yang memang masyhur dengan analoginya) bahawa kehidupan di dunia ini umpama kehidupan di IPG, dengan pelanggaran disiplin yang kita ( termasuk saya ) lakukan, maka sudah sepatutnya “Tuan Pengarah Alam Sejagat” berhak dan berkuasa nak tarik balik segala “semua elaun” yang sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh nak kira jugak, memang pasti tidak terhitung..dengan suasana kita ( termasuk saya ) yang jarang-jarang atau tidak pernah nak jenguk “Rumah Tuan Pengarah” tersebut.. dengan perasaan bangga dalam diri kita apabila berfesyen up to date tapi tak ikut garis panduan seperti yang dikehendaki “Tuan Pengarah yang MAHA BIJAKSANA”.. walaupaun pekeliling telah dikeluarkan supaya kita tidak sujud melainkan kepadaNYA, dengan sukacita kita tak ambil cakna atau tak pernah letak dahi di atas sejadah untuk sujud kepada “Tuan Pengarah yang MAHA PENCIPTA”.. dan banyak lagi etika yang kita langgar saban masa.. Tetapi Tuan Pengarah Yang MAHA ESA ini tidak menahan nikmatNYA dan KurniaanNYA kerana dosa-dosa kita ( termasuk saya sendiri ), bahkan Dia anugerahkan juga rezeki kepada hambaNYA yang ingkar sebagaimana yang telah diberi kepada orang yang berdisplin dalam mematuhi peraturanNYA. Kadang-kadang, “Tuan Pengarah “ memelihara hamba yang masih tidak beradab denganNYA daripada penyakit dan bala, sedangkan hamba itu dalam keadaan yang lalai tidak mengingatiNYA..jauh sekali daripada memohon kepadaNYA.. semua ini disebabkan TUAN PENGARAH Dialah ALLAH YANG MAHA LEMAH LEMBUT ( الحليم ( kepada hamba-hambaNYA.

Saturday, April 17, 2010

Rindu dan sedih....

Assalamualaikum emmm..nak cerita pe ye kali nih..emmm aaaa teringat pasal Sorang Tok Guru yang mengajar kat Masjid Zahir Alor Setar..huhu Tok Guru kata masjid ni akan sedih kalau ahli jemaah yang selalu datang solat kat situ..tup-tup satu hari ahli jemaah tu tak datang..masjid tu tertanya-tanya dah meninggal ke ahli jemaah tu..uih masjid pun bleh jadi sedih kan...tapi kan, kalau macam kita yang dah lama sangat tinggalkan balai Islam tu, lagi kompom la kan Balai tu menangis tahap meraung.. huhuhu em ye la masa MINGGU PENGURUSAN seminggu kita solat kat BALAI ISLAM kn..pastu kita tinggai gitu jeee..huhuhu mesti BALAI ISLAM tu sedihhhh..ok la ye..setakat ni dulu ye cerita..kalau ada pe-pe komen, hantar la ye..atau nak penjelasan yang lebih lanjut..huhuhu