Friday, May 14, 2010

elaun daripada Al-HALEEM

Ada angin baru yang bertiup di bumi IPG KDRI.. walaupun angin ni taklah sehebat taufan “judi bola halal”, tapi ia menjadi satu topik perbincangan juga di kalangan warga IPG khususnya guru pelatih.. Ada yang bincang dengan penuh ilmiah serta intelek..Ada juga yang berbicara dengan emosi sampai suhu di IPG meningkat..tak kurang juga yang hanya berdiam diri sahaja.. Angin tu bertiup disebabkan baru-baru ni Tuan Pengarah memaklumkan bahawa satu usul akan dibawa ke Mesyuarat Pengarah-Pengarah IPG supaya elaun guru pelatih ditukarkan status kepada biasiswa sekiranya guru pelatih masih tidak cuba mematuhi peraturan yang telah dikuatkuasakan di IPG..em tapi apa pun angin ni tak bertiup lama sebab setiap Pengarah memang telah diberi mandat untuk menentukan hala tuju serta perjalanan setiap IPG masing-masing.. Kalau tak silap ada dinyatakan dengan jelas dalam Akta 174 yang sememangnya dah sebati dengan jiwa rakyat kampus IPG ( kalau silap tolong perbetulkan saya secara ilmiah ye)..jadi, terserahlah kepada budi bicara pihak pentadbiran untuk melaksanakannya..Sifirnya mudah ja, “kalau peraturan dipatuhi, maka elaun anda akan terselamat”.
Kalaulah kita buat analogi ( dipinjam dari istilah seorang sahabat yang memang masyhur dengan analoginya) bahawa kehidupan di dunia ini umpama kehidupan di IPG, dengan pelanggaran disiplin yang kita ( termasuk saya ) lakukan, maka sudah sepatutnya “Tuan Pengarah Alam Sejagat” berhak dan berkuasa nak tarik balik segala “semua elaun” yang sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh nak kira jugak, memang pasti tidak terhitung..dengan suasana kita ( termasuk saya ) yang jarang-jarang atau tidak pernah nak jenguk “Rumah Tuan Pengarah” tersebut.. dengan perasaan bangga dalam diri kita apabila berfesyen up to date tapi tak ikut garis panduan seperti yang dikehendaki “Tuan Pengarah yang MAHA BIJAKSANA”.. walaupaun pekeliling telah dikeluarkan supaya kita tidak sujud melainkan kepadaNYA, dengan sukacita kita tak ambil cakna atau tak pernah letak dahi di atas sejadah untuk sujud kepada “Tuan Pengarah yang MAHA PENCIPTA”.. dan banyak lagi etika yang kita langgar saban masa.. Tetapi Tuan Pengarah Yang MAHA ESA ini tidak menahan nikmatNYA dan KurniaanNYA kerana dosa-dosa kita ( termasuk saya sendiri ), bahkan Dia anugerahkan juga rezeki kepada hambaNYA yang ingkar sebagaimana yang telah diberi kepada orang yang berdisplin dalam mematuhi peraturanNYA. Kadang-kadang, “Tuan Pengarah “ memelihara hamba yang masih tidak beradab denganNYA daripada penyakit dan bala, sedangkan hamba itu dalam keadaan yang lalai tidak mengingatiNYA..jauh sekali daripada memohon kepadaNYA.. semua ini disebabkan TUAN PENGARAH Dialah ALLAH YANG MAHA LEMAH LEMBUT ( الحليم ( kepada hamba-hambaNYA.

1 comment:

  1. salam~ mabruk syeikh..kaitan yg menarik~ wee~

    tp maN..

    'Tuan PUNYA alam sejagat' yg ko maksudkan sbg Allah s.w.t sgt peka dan 'alim mengenai kehidupan makhluk ciptaannya..tahu ape yg baik dan buruk utk hambanya~ dia tahu tahap sentiviti hambanya..

    persoalannya~ tuan pengarah kita???hehe~ jawablah sndiri..tepuk dada tnyalah iman..

    ReplyDelete