Wednesday, May 19, 2010

PELIK..NO KOMEN...

Semasa membaca berita terkini di Utusan Malaysia Online, saya amat tertarik dengan laporan berita tentang Persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia kali ke-6. Laporan tersebut saya petik untuk dilampirkan di dalam entri kali ini…
KUALA LUMPUR 19 Mei - Negara-negara Islam perlu mewujudkan model baru ekonomi yang lebih terangkum, progresif dan praktikal dalam aspek formula dan pelaksanaannya bagi memenuhi keperluan penduduk Islam dunia.
Bagaimanapun, untuk menjadikannya kenyataan, negara-negara Islam memerlukan sokongan kukuh daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya model ekonomi baru itu dibentuk untuk memastikan masa depan ekonomi negara-negara Islam lebih terjamin.
''Sebagai penduduk dunia, kita telah melepasi krisis ekonomi dan sekarang kita perlu bangun semula untuk pembangunan jangka panjang.
''Negara-negara Islam juga telah menunjukkan komitmen proaktif dalam mengharungi cabaran dan bekerjasama untuk masa depan yang lebih teguh.
''Berikutan itu, kita perlu mempunyai pendekatan dan idea inovatif untuk melihat perubahan positif dalam ekonomi orang Islam,'' katanya ketika melancarkan Persidangan Forum Ekonomi Islam Dunia kali keenam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Mohamed Nasheed, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dan Naib Presiden Pertama Iran, Mohmammad Reza Rahimi.
Persidangan dua hari itu dihadiri oleh 2,542 peserta dari 67 buah negara.
Najib juga berkata, sudah tiba masanya untuk OIC selain meneruskan Persidangan Kemuncak Islam, turut menganjurkan Persidangan Kemuncak Ekonomi OIC.
Katanya, dengan cara itu, negara-negara Islam lebih fokus dalam mengendalikan isu-isu berkaitan ekonomi dan pendekatan untuk menyegerakan keputusan serta tindakan bagi penduduk Islam dunia.
Najib menambah, negara-negara Islam juga perlu menangani ketidakseimbangan ekonomi yang mengakibatkan penduduk Islam dunia terperangkap dalam kemiskinan tegar, buta huruf, kekurangan khasiat pemakanan serta jurang yang begitu besar antara golongan kaya dan miskin, khususnya OIC.
Katanya, sebanyak 20 buah negara OIC menyumbang 90 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar pertubuhan itu yang berjumlah AS$4.5 trilion (RM14.4 trilion) dan baki 37 negara lagi hanya sebanyak 10 peratus.
''Ia amat memalukan apabila ada sebahagian negara Islam yang terlalu miskin sehingga rakyatnya terpaksa berlapar tanpa bantuan daripada negara Islam lain untuk membekalkan makanan asas.
''Lebih buruk lagi, ada negara Islam yang terpaksa bergantung kepada negara-negara bukan Islam selepas mengalami kemusnahan alam,'' ujar beliau.
Sehubungan itu, katanya, negara-negara Islam perlu memberi keutamaan kepada keselamatan makanan melalui sokongan dan pembabitan di kalangan kerajaan serta sektor swasta dan salah satu caranya melalui pasaran halal.
Dalam ucapannya, Najib mencadangkan supaya penubuhan Dana-dana Pembangunan Khusus diwujudkan bagi pembangunan infrastruktur pendidikan dan menyokong akademi penyelidikan dan latihan guru.
Jelasnya, dana-dana itu mampu mengurangkan jurang pendidikan yang wujud di kalangan penduduk Islam dan bukan Islam dunia.
''Kita perlu mengukuhkan usaha dalam pembangunan sumber manusia khususnya dalam pendidikan dan latihan kerana pencapaian kita masih jauh.
''Tidak ada sebuah negara Islam yang mampu menjadi pemimpin dalam mana-mana bidang tanpa pelaburan dalam pendidikan,'' tambah beliau.
Harapan saya selaku salah seorang rakyat Malaysia, model baru ekonomi yang dicadangkan itu jika tidak mampu untuk meniadakan riba, sekurang-kurangnya boleh diminimakan riba secara beransur-ansur.Timbul juga persoalan di fikiran, bukankah Malaysia yang tercinta juga memberhentikan kerjasama ekonomi dengan Iran, sebuah Negara Islam selepas pemimpinnya bertemu dengan Presiden USA?? Siapakah pemimpin Malaysia yang saya maksudkan?..PELIK..NO KOMEN..

No comments:

Post a Comment